Dr. Wan Asma Wan Ismail menerima ijazah pertamanya MD (Doktor Perubatan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1984, mendapat ijazah sarjana di dalam bidang Kesihatan Kanak-kanak Dalam Masyarakat (MSc in Community Paediatrics) dari Universiti London pada tahun 1991, memperolehi Diploma dalam bidang Paediatrik Klinikal (Diploma of Clinical Paediatrics) dari Universiti London pada 1992, mendapat Diploma dalam bidang Kesihatan Kanak-kanak (Diploma of Child Health) dari Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow pada tahun 1993 dan seterusnya diterima sebagai ahli The Royal College of Physicians of Ireland dalam bidang Kanak-kanak (Member of Royal College Physician Ireland in Paediatrics) selepas lulus dalam peperiksaan ikhtisasnya pada tahun 1993. Disebabkan komitmennya yang tinggi dalam bidang paediatrik, Dr Wan Asma telah diterima sebagai Fellow of The Royal College of Paediatrics and Child Health, United Kingdom, pada tahun 1997.
Selain daripada itu, Dr. Wan Asma telah membuat kajian yang mendalam tentang perkembangan kanak-kanak dan telah menghasilkan satu modul untuk menilai perkembangan kanak-kanak. Modul ini adalah Aturan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak Mudah dan Sistematik yang telah digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan dan juga jururawat untuk menilai perkembangan kanak-kanak, di samping mengesan kelewatan perkembangan kanak-kanak.
Dr. Wan Asma telah menggunakan kepakaran yang dianugerahkan kepadanya untuk kepentingan kanak-kanak sejagat. Beliau telah menghasilkan buku-buku yang menerangkan banyak fakta penting tentang penderaan dan penganiayaan ke atas kanak-kanak. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi hak kanak-kanak dan menyedarkan masyarakat tentang hak-hak ini.
Beliau mempunyai sebuah klinik yang menarik di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai seorang yang sangat memahami kanak-kanak, beliau telah mencorakkan kliniknya dengan begitu banyak permainan dan barangan berwarna-warni, sesuai mengikut kesukaan kanak-kanak. Imej-imej di bawah sudah cukup untuk membuktikan keceriaan di kliniknya. Anda bolehlah membawa anak-anak tersayang berjumpa Dr. Wan Asma untuk pemeriksaan kesihatan, rawatan dan juga untuk berunding dengannya untuk mendapatkan nasihat tentang perkembangan anak-anak anda.
Imej-imej di dalam klinik Dr. Wan Asma (Childrens' Friendly Clinic)