buku-buku karangan Dr Wan Asma

       

       

       

       

      • Tajuk : Penilaian dan Stimulasi Kanak-kanak Normal
      • Harga : RM 25.00
      • Kod : B 01

      Ringkasan tentang buku:

      Buku ini merupakan panduan yang sangat baik untuk para ibu bapa dan jururawat dalam mengenalpasti kanak-kanak atau anak-anak yang menghadapai masalah perkembangan, pada peringkat yang seawal mungkin. Buku ini menunjukkan cara-cara yang mudah dan praktikal untuk menilai perkembangan kanak-kanak, serta memperkenalkan program stimulasi dan pemulihan yang dapat dimulakan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Selain itu, buku ini memberi panduan bertulis dan bergambar yang boleh digunakan sebagai rujukan, terutama oleh jururawat, menekankan aspek stimulasi dan pemulihan yang boleh dilakukan secara berkesan terutama semasa tanda-tanda awal kelewatan perkembangan dikenal pasti. Buku ini juga sesuai digunakan oleh ibu bapa serta pengasuh bayi untuk memberi rangsangan awal pada bayi di bawah jagaan mereka, di samping membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah.

      Buku ini merupakan buku yang terlaris dijual oleh Dr Wan Asma. Buku ini telah diulang cetak 5 hingga 6 kali dan cetakan terakhir adalah pada tahun 2006. Setakat ini, 25000 naskhah telah habis dijual.

       

       

      KOLEKSI BUKU-BUKU KARANGAN DR WAN ASMA

      (klik mana-mana buku untuk penerangan lanjut)

       

      Untuk menempah buku ini, anda boleh e-melkan kodnya ke alamat e-mel Dr. Wan, atau terus menghubungi telefon bimbit Dr. Wan. Sila ke laman 'Hubungi Dr.Wan'. Jangan lupa untuk sertakan maklumat peribadi anda (nama, nombor telefon, alamat e-mel, alamat rumah/pejabat).