Kit Penilaian Perkembangan Kanak-kanak terdiri daripada tiga item, iaitu pom-pom, 'rattle' atau kerincing, dan kiub beraneka warna.
|
Pom-pom ini merupakan bebola benang tebal yang lembut dan digunakan untuk merangsang penglihatan kanak-kanak, terutamanya bayi, kerana warnanya yang menarik. |
'Rattle' atau kerincing ini mengeluarkan bunyi yang kuat apabila digoncang. Ia digunakan untuk merangsang pendengaran kanak-kanak, terutamanya bayi. |
Di dalam kit ini, disediakan 12 buah kiub yang beraneka warna yang menarik dan selamat dipegang oleh kanak-kanak. Ianya boleh digunakan oleh kanak-kanak pelbagai peringkat umur. |
Kesemua item dalam kit ini digunakan untuk menilai tahap perkembangan kanak-kanak. Penerangan lanjut dan maklumat yang lebih jelas diterangkan dalam buku karangan Dr Wan Asma yang bertajuk 'Penilaian dan Stimulasi Kanak-kanak Normal' dan juga dapat dilihat dalam Video Penilaian Perkembangan Kanak-kanak.
Untuk
menempah kit ini, anda boleh e-melkan kodnya ke alamat e-mel Dr. Wan,
atau terus menghubungi telefon bimbit Dr. Wan. Sila ke laman 'Hubungi
Dr.Wan'. Jangan lupa untuk sertakan maklumat peribadi anda (nama,
nombor telefon, alamat e-mel, alamat rumah/pejabat). |